Saturday, March 20, 2010

tazkirah


......................................................................................

dipetik dari tafsir baidhawiy-

sebaik-baik amalan adalah sesempurna 'aqal atau sezuhud pada dunia atau sewarak daripada yang diharamkan ALlah atau penyegeraan kepada ketaatan kepadaNya atau membanyak mengingatkan mati dan berawasi daripada mati dan mempersiapkan kepada kematian.

-wallahu'alum

Sunday, January 10, 2010

MAF'UL MUTLAQ

Friday, January 1, 2010

Zikir Solat Hajat-Sambungan


Petikan Kitab Al-azkar (Imam Nawawi)
Bab pada menyatakan zikir-zikir solat hajat
(sambungan)

532 - وروينا في كتاب الترمذي ، وابن ماجه ، عن عثمان بن حنيف رضي الله عنه ، أن رجلا ضرير البصر أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : ادع الله تعالى أن يعافيني ، قال : " إن شئت دعوت ، وإن شئت صبرت فهو خير لك ، قال فادعه ، فأمره أن يتوضأ فيحسن وضوءه ويدعو بهذا الدعاء :


" قال الترمذي : حديث حسن صحيح.
Kami meriwayatkan pada kitab turmizi, ibn majh dari uthman bin Hanif R.A bahawa seorang lelaki yang rabun penglihatannya telah datang bertemu Nabi S.A.W. lalu beliau berkata kepada Junjungan : Berdoalah kepada Allah supaya Dia menyembuhkan daku. Junjungan bersabda : Sekiranya engkau mahu, maka aku akan mendoa’kan atau sekiranya engkau mahu, engkau bersabar, maka itu lebih baik bagi engkau. Kata lelaki itu doa’lah sahaja untukku, maka Junjungan menyuruhnya berwudu’ lalu ia mnyempurnakan wuduknya dan dia berdoa’ dengan doa’ berikut : (spt di atas- Ya Allah sesungguhnya aku memohon dan menghadapkan wajahku dengan perantaraan NabiMu Muhammad, Nabi rahmat, Ya Muhammad, sesungguhnya aku menghadap wajahku kepada Tuhanku menerusi Engkau untuk memperoleh keperluanku ini agar Dia tunaikan bagiku. Ya Allah, terimalah permohonanku). Imam Turmizi menyatakan hadith ini hasan sahih

Sunday, December 13, 2009

Zikir Solat Hajat

0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

Petikan Kitab Al-azkar (Imam Nawawi)

Bab pada menyatakan zikir-zikir solat hajat

قلت : ويستحب أن يدعو بدعاء الكرب ، وهو : اللهم آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار ، لما قدُمْناه عن " الصحيحين " فيهما.

Aku berkata (Imam Nawawi)- Disunatkan membaca doa’ dengan doa’(menolak) kesusahan, iaitu –

اللهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkan kami dari siksaan api neraka

Monday, November 2, 2009

الإستقامة في تدريس

Salam buat semua........

Sebagaimana biasa bila menghadapi percutian sama ada panjang atau pendek, sukarnya untuk bangkit dari kemalasan syaitan yang mengikat....Ya ALlah berilah kekuatan kepada kepadaku dan rakan-rakan seperjuanganku....

Bayangkan saya rasa lebih ringan pergi berdemonstrasi walaupun kena berhadapan dengan FRU yang ganas itu berbanding untuk ke kelas bahasa Arab..

Namun, kematian semakin datang dan datang . Hari ini 1 Nov 2009. bekas Imam(-dipecat oleh ajk masjid kerana tidak sealiran politik pada masa itu) Abd Hamid Dina (rakan seperguruan semasa kelas ustaz Huda sekitar tahun 2001), Beliau banyak membantu saya dalam mengenali bahasa Arab. Beliau seorang yang kuat mengaji kitab sehingga penglihatannya kbur , beliau tidak lagi menadah iqna' dengan Ustaz A Wahab di masjid Hasanah. Seorang lepasan pondok mahir dalam kitab jawi tapi begitu tawadhu' (tidak mengajar tapi belajar). Moga ALlah mengampuni dan merahmati roh beliau...

Minggu lepas saya, raja, cahaya, ustzh haini dan zaujah hj hassan dalam kelas bahasa arab. Ust buat revision i'rab Qasasun Nabiyyin- juzuk 1, kemudian qawaid lugatul arabiyyah (bab 'ni'ma + bi'sa).

Pesanan Guru:-

- buat latihan sendiri nahu wadhi (mula 'idadi lagi).. kemudian htr kpd ust
-baca qawa'id lughatul 'arabiyyah (mana yang tak faham tanya)

@ Next class nak mula dengan kawakibu Ad Durriyah@


wassalam
>abu faaiziddin

Monday, August 17, 2009

Mereka Pergi Tak Kembali

Dalam kesedihan ibnu basir...Sama-sama kita mendoa'kan rahmat ALlah kepada bondanya. Kemudian baru-baru ini Ust Asri pergi dengan lagunya "Pergi Tak Kembali"... Dua hari lepas anak sepupu saya (hafaz quran) dipanggil oleh ALlah kembali "suspect H1N1".

Bagaimana kita? sudah bersedia untuk ke sana.....

Thursday, August 6, 2009

kematian yang pasti

assalamualiakum,

Semalam merupakan hari yang bersejarah bagi diri saya. Bukan kerana terima anugerah atau kenaikan pangkat tetapi saya telah kehilangan ibu yang tersayang. Amat sedih untuk menerima tetapi yang pergi tetap akan pergi menemui Allah dan bagi kita yang tinggal, bersedialah untk kematian. Untuk ibuku serta ayahku yantelah lama meninggal, akan ku sentiasa mendoakan kamu berdua kerana salah satu perkara yang boleh diwarisi oleh seseorang yang pergi ialah anak yang soleh.


Kepada semua yang budiman dan mempunyai ibu dan ayah, jagalah ia dengan baik..Anda akan lebih bahagia jika anda sentiasa berbakti pada kedua orang tua mu...Berilah apa saja kemahuan emak dan ayah, dan jaganlah bantah cakap mereka....Walaupun nasihatku ini sudah biasa didengar oleh semua, tetapi, kalian akan lebih 'menghargai' emak dan ayah bila tiba masa kehilangannya...

Walaupun hatiku masih sedih, ditambah pula tak sampai sebulan telah kehilangan bapa mertua, aku amat berharap pertolongan Allah semoga diberi kekuatan untuk lebih kuat beriman padaNya.

Akhir kata, berbaktilah pada kedua orang tua mu selagi ia masih hidup.

Wassalam...

-ibnu basir-
02:28pm