Thursday, August 6, 2009

kematian yang pasti

assalamualiakum,

Semalam merupakan hari yang bersejarah bagi diri saya. Bukan kerana terima anugerah atau kenaikan pangkat tetapi saya telah kehilangan ibu yang tersayang. Amat sedih untuk menerima tetapi yang pergi tetap akan pergi menemui Allah dan bagi kita yang tinggal, bersedialah untk kematian. Untuk ibuku serta ayahku yantelah lama meninggal, akan ku sentiasa mendoakan kamu berdua kerana salah satu perkara yang boleh diwarisi oleh seseorang yang pergi ialah anak yang soleh.


Kepada semua yang budiman dan mempunyai ibu dan ayah, jagalah ia dengan baik..Anda akan lebih bahagia jika anda sentiasa berbakti pada kedua orang tua mu...Berilah apa saja kemahuan emak dan ayah, dan jaganlah bantah cakap mereka....Walaupun nasihatku ini sudah biasa didengar oleh semua, tetapi, kalian akan lebih 'menghargai' emak dan ayah bila tiba masa kehilangannya...

Walaupun hatiku masih sedih, ditambah pula tak sampai sebulan telah kehilangan bapa mertua, aku amat berharap pertolongan Allah semoga diberi kekuatan untuk lebih kuat beriman padaNya.

Akhir kata, berbaktilah pada kedua orang tua mu selagi ia masih hidup.

Wassalam...

-ibnu basir-
02:28pm

No comments: